Mukadimah
Mencari pekerjaan bukanlah satu pekara yang mudah lagi. Ijazah dan diploma yang bergulung bukanlah lagi jaminan yang pekerjaan akan menanti seseorang itu tatkala seseorang itu menamatkan pengajian mereka. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan pada ketika ini ialah peluang pekerjaan sudah menjadi semakin tepu dan seseorang itu terpaksa melakukan apa jua jenis pekerjaan demi survival mereka. Ini diburukkan lagi dengan kos saraan hidup yang semakin tinggi yang memaksa ramai di antara kita untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau pekerjaan sampingan yang kedua demi untuk mendapatkan pendapatan yang lebih.
Antara faktor yang mempengaruhi keadaan ini ialah kerana Malaysia bukanlah lagi sebuah negara yang boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang baru merdeka. Pada suatu ketika dahulu, walaupun seseorang itu hanya mempunyai kelayakan SRP atau SPM, bekerja untuk perbadanan awam bukanlah satu pekara yang rumit. Bahkan ramai kerani-kerani Gomen atau cikgu-cikgu sekolah ketika itu hanya mempunyai kelulusan SPM sahaja. Status negara kita sebagai negara semi-maju pada ketika ini telah mengubah segalanya.Ini ialah kerana negara kita telah melahirkan ramai belia-belia yang berpendidikan tinggi yang pada ketika ini berebut-rebut untuk mendapatkan pekerjaan yang sama.
Walau bagaimanapun, samada percaya atau tidak negara kita sebenarnya tidak ketandusan pekerjaan, bahkan ada jenis-jenis pekerjaan yang sentiasa memerlukan tenaga kerja yang sanggup sama-sama berkembang dan bercambah dengan industri-industri mereka. Sebagai contohnya di Australia samada kita percaya atau tidak, orang yang paling tinggi pendapatannya bukanlah doktor atau peguam tetapi tukang paip yang mana kerjanya dianggap tidak glamour dan kotor. Tujuan kita mengadakan program ini ialah untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan pekerjaan atau perlukan bantuan untuk mengenalpasti pekerjaan-pekerjaan yang boleh mereka lakukan dan juga pada masa yang sama melatih mereka dan memberi peluang kepada mereka agar mereka boleh menjana pendapatan dengan pekerjaan yang mereka pilih dengan lebih efektif.